Postingan

Menampilkan postingan dari Desember, 2022

INDIKATOR KEBAHAGIAAN

Suatu hari, Ibnu Abbas yang mendapat julukan al-bahr (lautan ilmu) ditanya oleh sahabat, apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Beliau menjawab ada tujuh indikator kebahagiaan di dunia; *1) Hati yang sentiasa bersyukur* Sentiasa menerima seadanya (qanaah) apa sahaja yang dikurniakan dengan ikhlas dan redha. Sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat sehingga tidak ada cita-cita yang berlebihan, tidak ada stress, inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Berbahagialah orang yang bersyukur. *2) Pasangan hidup yang soleh* Pasangan hidup yang soleh akan mewujudkan suasana rumahtangga dan keluarga yang soleh. Setiap pasangan keluarga akan berusaha mencipta suasana keluarga yang Sakinah dan rahmah dengan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sebaiknya. Berbahagialah orang yang memiliki pasangan yang bahagia. *3) Anak yang soleh* Anak soleh yang sentiasa berbakti, berbuat baik dan mendoakan kedua ibu bapa sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas kematiannya.  Berba...